Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Utamakan Pulih Negara Pasca Covid 19

522
SHARE

UTAMAKAN PULIH NEGARA PASCA COVID19

1. Dewan Muslimat PAS menarik nafas lega dengan kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, semalam. PAS menegaskan 18 ahli Parlimen daripada PAS menyokong penuh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia terus memberi sokongan terhadap kenyataan tersebut dan akan terus mendukung usaha kerajaan untuk memulihkan negara kesan dari wabak Covid 19.

2. Dewan Muslimat PAS Malaysia juga ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman program Bantuan Prihatin 2.0 semalam. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban seluruh rakyat yang terkesan akibat kemelesetan ekonomi pasca COVID-19. Dengan adanya Bantuan Prihatin 2.0 ini, pasti dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia yang telah meningkat kepada 5.3 peratus pada bulan Mei yang lalu dan mencatatkan 826,100 penganggur.

3. Walaubagaimanapun, negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak penyakit COVID-19. Lebih membimbangkan lagi apabila statistik kes baharu sejak awal bulan ini menunjukkan peningkatan yang mendadak. Semua rakyat masih perlu sentiasa berwaspada dan amalkan kawalan kendiri secara ketat terutama di kawasan sesak dan sempit.

4. Bersama kita cegah penularan COVID-19, bagi mengurangkan beban para anggota barisan hadapan kita yang masih bertungkus lumus bekerja tanpa lelah. Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan agar dikurniakan kekuatan dan kesabaran buat seluruh frontliner dalam menangani wabak COVID-19 ini.

#Islammemperkukuhperpaduan
#Islammemimpinwanitasejahtera

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
24hb Sept 2020 bersamaan 6 Safar 1442H