Home Artikel PAS Melaka

Pena editor Melaka : 18 MP PAS, semua pertahan kerajaan dominasi Bumiputera-Muslim

403
SHARE

SEMALAM Anwar umum dia bakal bentuk kerajaan persekutuan.. sekali lagi… Katanya kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang…

Bagi saya semua itu tidak lebih daripada strategi Anwar untuk memenangkan Warisan dan PH yang sedang tercalar teruk di Sabah kerana keceluparan mulut salah seorang pemimpin mereka yang menghina tentera dan polis.

Pada dasarnya BN, GPS, PBS dan STAR juga telah memberikan kenyataan menyokong kerajaan Muhyiddin.

Susulan dari isu ini juga, PAS sendiri telah menunjukkan komitmen mempertahankan kerajaan dominasi Bumiputera-Muslim ini dengan menyatakan bahawa kesemua 18 orang Ahli Parlimen PAS, tidak tertinggal walau seorang pun, berdiri teguh di belakang PM, Muhyiddin.

Alhamdulillah setakat ini semua pemimpin dan ahli PAS senada dengan Presiden PAS dalam apa-apa isu sekali pun kerana dalam PAS hanya ada satu sahaja Presiden yang dipatuhi. Dalam PAS tidak ada banyak puak atau banyak kepala.

Dan PAS tetap komited tidak mahu bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk kuasa kerana PAS sudah rasa berkawan dengan DAP dahulu yang banyak merugikan umat Islam. PAS kekal komited dalam persahabatan ketika susah atau ketika senang. PAS takkan khianat orang Melayu, takkan khianat Islam!

IBNU JANIE
Editor
CPP-Berita PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)