Home Berita PAS Perlis

Rakyat Puji Program Bakul Makanan PN

240
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU : Inisiatif Kerajaan PN untuk membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program Bakul Makanan terus mendapat respon positif.

Terbaru, seramai 100 orang penerima yang tinggal dalam DUN Sanglang, telah menerima sumbangan Bakul Makanan Permai.

Serahan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli bertempat di pusat khidmatnya, dekat sini.

Rata-rata penerima yang ditemui menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan program berkenaan yang disifatkan mereka amat membantu dalam mengurangkan beban hidup rakyat.

Sementara itu, Mohd. Shukri yang ditemui selepas program berkenaan berkata, Kerajaan PN akan terus menjadikan agenda mengurangkan beban hidup rakyat sebagai keutamaannya.

“Sejak mengambil alih pentadbiran negara, pelbagai bentuk program, pakej rangsangan ekonomi, bantuan BSH dan sebagainya telah dilaksanakan oleh kerajaan yang bermatlamatkan membantu rakyat.

“Ini menjadi bukti bahawa kerajaan sangat komited untuk terus menjaga kebajikan hidup rakyat serta memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara menerusi pentadbiran yang berintegriti dan berwibawa,” ujarnya.