Home Berita PAS Selangor

Rakyat Kota Raja senantiasa dihati – Ketua DHPP Kawasan Kota Raja

9
SHARE

Berita DHPP Kawasan Kota Raja : Rakyat Kota Raja Senantiasa Dihati – PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Rajan Manikesavan
Ketua DHPP Kawasan Kota Raja

KOTA RAJA | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja terus menggerakkan aktiviti kebajikan bagi rakyat di sini dan senantiasa istiqamah menyantuni dan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Ketua DHPP Kota Raja Cikgu Rajan Manikesavan turun padang petang tadi untuk menyampaikan sumbangan bagi 5 keluarga yang terkesan akibat PKPD.Menurut beliau lagi,telah menerima aduan di mana beberapa keluarga memerlukan bantuan segera dan 1 keluarga pula ibu bapanya dikuarantin.

AJK Lajnah Kebajikan dan Unit Perhatin bersama Ketua DHPP Kota Raja telah turun menyampaikan bantuan barangan dapur.Kebetulan sumber sumbangan senantiasa tersedia ada dalam pegangan beliau selaku wakil AJK Lajnah Kebajikan dan Masyarakat (LKKPNS).

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor