Home Berita PAS Selangor

5 lembu korban Khidmat Malaysia Klang dan NGO KASEH – PAS Kawasan Klang

24
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG | Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, ibadat korban dilakukan secara gotong royong. Dalam norma kehidupan yang baharu ini, binatang korban ini disembelih di pusat-pusat penyembelihan yang dibenarkan beroperasi dan kerja-kerja pengasingan bahagian korban dibuat siap-siap sebelum dihantar ke tempat pihak yang melakukan ibadat korban ini.

Justeru, Khidmat Malaysia Klang dan NGO KASEH mengambil peluang untuk menyertai ibadat korban yang hanya dilakukan setahun sekali ini. Sebanyak 5 ekor lembu dijadikan korban yang mana pada hukum asal ibadat korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu.

Menurut Pengerusi KASEH, saudara Izam Awalluddin yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Klang, bersyukur dengan program dirancang ini berjalan dengan lancar biarpun ketibaan daging korban di tempat pengumpulan daging tertangguh lebih kurang sejam kerana kesesakan jalan raya.

Proses penyerahan daging korban diedarkan di Pandamaran, Palm Grove, Jambatan Muhibbah, Kota Pendamar, TTGI dan Sungai Bertih. Program ini bermula sekitar 3 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor