Home Berita PAS Selangor

Kerjasama NGO membawa tuah kepada beberapa hospital – Pengurus Operasi KMN Selangor

8
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

KAJANG | Selepas Hospital Serdang, Shah Alam, Sungai Buloh, Selayang, Banting, Kuala Kubu Bharu, dan HTAR hari ini kami KMNS ke Hospital Kajang pula.

Kali ini kami membawa barang keperluan seperti pakaian PPE, Bantal, selimut dan Lampin pakai buang dewasa sumbangan orang ramai malalui Khidmat Malaysia dan juga NGO PAPISMA.

Saya bersama Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Salleh, Bendahari Dato Rushdan Rusmi dan Wakil Papisma Selangor Dr Afizah Saleh barangan sumbangan diserahkan kepada Ketua Nurse atau Matron Hospital Kajang petang tadi.

Terima kasih kerana terus bersama kami dalam membantu pertugas Barisan hadapan negara di bawah program VCEE19 Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor