Home Artikel PAS Johor

Rakyat Didahulukan: Ramadhan ‘Kindnesss’

170 views
SHARE

PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN MUSLIMAT PAS MUAR

MUAR : Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Muar (DMPK Muar) dengan kerjasama HalWa Dun Sungai Balang telah memulakan program sempena Ramadan ini dengan menyantuni masyarakat sekitar Dun Sungai Balang.

Program Semarak Kasih Ramadan yang diadakan ada 25 Mei 2018 yang lalu ini adalah program rutin setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Bantuan sumbangan untuk fakir miskin dan ibu-ibu tunggal berupa beras dan barangan dapur ini diedarkan kepada penduduk-penduduk di sekitar Dun Sungai Balang.

Antara rumah-rumah penduduk yang diziarahi ialah di Kg Sarang Buaya, Kg Bali, Parit Yusof, Parit Bulat, Kg Bari, Sungai Resik, Sungai Sudah, Tanjung Tohor, Seri Menanti, Parit Jamil dan Parit Nipah.

Walaupun baru melalui pasca PRU 14 namun sumbangan dari penderma amat memberangsangkan meskipun sebahagian besarnya telah banyak menyumbang semasa pilihanraya tetapi tidak menghalang mereka untuk menghulur lagi.