Home Rencana PAS Kelantan

Rakyat dan negara adalah keutamaan

86
SHARE

Saya mendengar secara teliti ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri dalam Ucapan Khas “Bersama Memulihkan Negara”.

Saya menyokong penuh apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri.

Semua pihak seharusnya lebih berlapang dada dalam menghadapi “perang” dengan wabak yang melanda negara dan seluruh dunia masa kini.

Rakyat adalah keutamaan terpenting yang seharusnya berada di sudut hati dan nurani pemimpin.

Selepas wabak ini selesai, pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan pada waktu itu pembentukan sebuah kerajaan baru akan ditentukan oleh rakyat.

Bersamalah kita memerangi wabak ini dan berdoa kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa dan raga agar kita semua terhindar dan selamat.

Wallahu A’lam.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
4 Muharram 1443 / 13 Ogos 2021