Home Artikel PAS Perak

Manifesto Perak : Tampilkan 5 Teras Utama Untuk Rakyat

179 views
SHARE

IPOH : Pelancaran manifesto Gagasan Sejahtera Perak telah dilancarkan di Hotel Kinta Riverfront dengan kehadiran pimpinan PAS setiap peringkat bersama petugas media, 31 Mac lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah mengumumkan lima teras utama yang terkandung dalam 39 tawaran manifesto PRU 14 dengam sasaran setiap segmen masyarakat.

Antara teras yang ditetapkan seperti wibawa dengan objektif memimpin dan memacu negeri dengan penuh berwibawa serta amanah dalam melaksanakan tugas serta bertanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti bahkan bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Aspek ketelusan diletakkan dalam teras utama berorientasikan bagi mewujudkan sebuah sistem pentadbiran dan pengurusan yang telus serta adil bagi melaksanakan semua program kerajaan dengan penuh keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Keutamaan kebajikan juga berperanan bagi menjalankan dasar negeri berkebajikan kepada seluruh rakyat dengan penekanan perkara-perkara asas dalam kehidupan rakyat.

Turut hadir bersama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad serta pimpinan PAS Negeri Perak.