Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
KLANG, 12 September – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, I-Care, Pondok Motivasi, Yayasan Amal Selangor dan Warung Sahabat Makanan pada hari ini terus membantu gelandangan di sekitar kawasan Pelabuhan Klang.
Program yang diketuai oleh saudara Izam Awalludin selaku Pengerusi KASEH telah menyediakan 100 pek makanan siap dimasak untuk diagih-agihkan.
Jabatan Amal Malaysia Klang juga membantu dari segi logistik dan kawalan keselamatan.
Ujar Izam, “terima kasih diucapkan kepada pihak yang menaja makanan-makanan ini. Alhamdulillah kita dapat memanfaatkan peluang ini dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan”.
Rata-rata gelendangan yang diraikan ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan pemberian makanan dan minuman yang disampaikan.
Program tersebut bermula dari 6.00 petang dan berakhir sekitar jam 8.30 malam.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor