Home Berita PAS Selangor

Selamat sampai ke “ardul kinanah” – DPPN Selangor

24
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SEPANG, 13 September – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili oleh Ustaz Sukri Omar dan Ustaz Hanif telah hadir ke KLIA bagi mengiringi dan meraikan pelajar-pelajar yang akan berangkat ke Mesir melalui ILMAM Selangor, malam tadi.

DPPNS turut menyampaikan sumbangan kepada wakil ILMAM Selangor serta kepada para pelajar untuk kegunaan mereka semasa menuntut ilmu di sana.

Pesan DPPNS, “betulkan niat dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk dimanfaatkan kepada agama dan masyarakat kelak”.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan para pelajar untuk menuntut ilmu sehingga berjaya dan pulang menjadi pejuang agama yang tekun menyebarkan ilmu-ilmu Islam”, sambung DPPNS.

Siru Ala Barakatillah!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor