Home Artikel PAS Wilayah

Pemandu teksi terima bantuan Aidilfitri

74
SHARE

WANGSA MAJU, 09 Mei – Seramai 25 pemandu teksi yang bernaung di bawah Persatuan Pemandu Teksi Wangsa Maju menerima duit raya dan beras sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.

Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, pihaknya memahami kesulitan ahli persatuan yang hilang punca pendapatan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, terutama apabila aktiviti rentas negeri tidak dapat dilaksanakan.

Tambahnya, berikutan itu PAS Kawasan Wangsa Maju berbesar hati untuk memberikan sumbangan itu sebagai inisiatif meringankan beban semua pemandu teksi.

“Jumlah keseluruhan sumbangan yang dikumpul oleh Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan bagi program kebajikan dianggarkan RM85,000 setahun.

“Alhamdulillah dana berkenaan dapat dimanfaatkan antaranya oleh pemandu-pemandu teksi ini dengan pemberian duit raya dan juga beras,” jelasnya.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud dan Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju, Puan Asiah Baki.