Home Berita PAS Selangor

Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Shah Alam perlukan sokongan – PAS Kawasan Kota Raja

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam yang merupakan pusat penilaian pesakit Covid-19 terbesar dalam negara dan purata pesakit Covid-19 harian yang hadir ke sana adalah seramai 1,500 orang.

Menurut PAS Kawasan Kota Raja dua tiga hari ini telah tular cerita tentang kesesakan di CAC Stadium Melawati ini. Tambahan hanya 150 orang fronliners yang bertugas di situ untuk menampung ribuan pesakit per hari.

Laporan juga menyatakan bahawa petugas kepenatan yang amat sangat. Mereka memerlukan sokongan dan bantuan seperti air mineral, biskut dan makanan kering, juga makanan siap bermasak.

KRCAMALSELANGOR memutuskan untuk hadir sendiri dan mendapatkan cerita sebenar terus daripada pegawai yang bertugas. Ternyata laporan yang ditular itu semua adalah benar. Malah untuk hari ini sahaja jumlah kehadiran sudah bertambah sehingga lebih 2000 orang dan penilaian berlarutan sehingga lewat malam.

Semoga para frontliners negara diberi kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah negara mengembalikan keamanan negara daripada pademik Covid-19. KRCAMALSELANGOR merancang untuk hadir buat kali ke-2 dalam waktu yang terdekat. Hubungi 011 53092056 untuk sebarang pertanyaan.

Jadual Santuni Frontliners :-
10.7.2021 (Sabtu) 12Tgh : Hospital Tengku Ampuan Rahimah
11.7.2021 (Ahad) 12Tgh : Hospital Shah Alam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor