Home Berita PAS Selangor

‘Budak-budak Amal’ terus menyibukkan diri di barisan hadapan – TPJ 1 PAS Selangor

26
SHARE

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Bangi | ‘Budak-budak Amal’ terus menyibukkan diri di barisan hadapan, bertugas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Alhamdulillah & tahniah diucapkan kepada mereka.

Mereka langsung tidak tersinggung walau digelar ‘budak-budak’ kerana ada perkataan ‘amal’ ada bersama.

Ahli-ahli Jabatan Amal ada pelbagai latar belakang pendidikan dan profesyen. Tidak sedikit mereka yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya hebat.

Namun, mereka gembira dengan gelaran ‘budak Amal’ justeru gelaran itu memperingatkan mereka bahawa tugas mereka adalah mulia di sisi agama.

“Inilah hasil tarbiyah”

Foto : Ahli-ahli Jabatan Amal Bangi di dalam program penyampaian sumbangan kepada komuniti Sri Tanjung Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor