Home Berita PAS Selangor

JAMK Bangi menyampaikan juadah bersama Muslimat PAS Bangi – JAMK Bangi

11
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Awal bulan lalu, Jabatan Amal Bangi telah berkesempatan bersama-sama dengan Ketua Muslimat PAS Bangi, Puan Hamsatul Hamzah menyampaikan juadah makanan tengah hari dan minum petang kepada penduduk di Flat Seksyen 4.

Aktiviti ini adalah kali yang seterusnya atas inisiatif Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Bangi. Penduduk sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Juadah seperti ini sekurang-kurangnya membantu mereka yang terkesan dengan PKP.

Dikesempatan yang ada, Puan Hamsatul menyampaikan Bakul Prihatin kepada penerima di kawasan berkenaan. Bakul Prihatin adalah inisiatif Wanita Perikatan Nasional yang menyediakan barang makanan kering untuk golongan memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang untuk meneruskan gerak kerja kebajikan mereka boleh salurkan di :-

Bank : Bank Muamalat.
No. akaun : 1210 0000 0207 18

Akaun : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor