Home Artikel PAS Kedah

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam menerima kunjungan orang no 1 PAS Kedah

561
SHARE

Ayer Hitam | 07 Januari 2020 – Pejabat PKWR DUN Ayer Hitam hari ini menerima rombongan Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang diketuai oleh Pesuruhjaya, Ustaz Ahmad Yahaya dan dua orang penolong Setiausaha Ustaz Rosli Azmi dan Sdr Zulkifli Yahya.

Majlis dimulakan dengan laporan perjalanan PKWR oleh pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Ustaz Abdul Hadi Omar, seterusnya ucapan daripada YB Azhar Ibrahim dan diikuti dengan ucapan, nasihat dan taujihat oleh Pesuruhjaya.

Pihak PKWR DUN Ayer Hitam mengambil kesempatan untuk membawa rombongan BPPNK menziarahi Ustaz Hashim Osman mantan YDP kawasan dan melawat SRITI Al Fateh Jerlun.

Sebelum pulang, kami membawa rombongan makan tengahari di Kuala Sanglang dan singgah menjenguk Hj Mohd Tajudin Yusoff, mantan pembantu tadbir pejabat PAS kawasan di rumahnya.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam merupakan PKWR yang pertama lawatan pesuruhjaya PAS ini dalam lawatan kerja beliau ke semua PKWR ADUN PAS dalam Negeri Kedah.