Home Berita PAS Kedah

Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor ziarah mangsa ribut

61
SHARE

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 4 APRIL -Tuan Hj. Ridhuan, wakil Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor dan pasukan baru-baru ini hadir menziarahi dua buah rumah mangsa ribut yang mengalami kerugian yang besar.

Rumah pertama yang diziarahi mereka ialah rumah milik Mak Cik Hatiah Daud yang terletak di Kg Buloh Lima Dalam. Rumah Hatiah dilanda ribut pada petang 27 Mac. Dilaporkan bahawa bahagian bumbung bumbung dibahagian ruang tamu telah mengalami kerosakan yang teruk. Anggaran kerugianyang dialami adalah sebanyak RM3,000.00.

Seterusnya mereka ziarah rumah kedua, iaitu rumah milik Pn Nurfatin Suhana Zulkifli di Kg Banggol Haji Osman. Begitu juga dengan beliau turut mengalami  kerugian, dan anggaran kerugian berjumlah RM5,000.00.

Menerusi facebook Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan kundor mereka mendoakan semua yang ditimpa ujian ini cekal dan bersabar dengan dugaan yang diberikan oleh Allah pada bulan Ramadan yang mulia ini.