Home Berita PAS Kedah

Pusat Internet Komuniti bantu peniaga dan pelajar

147
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF

BALING, 27 Okt – Pusat Internet Komuniti (PIK) terbukti telah banyak membantu peniaga dan pelajar memperolehi maklumat dan memperluas jaringan perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim berkata “Pusat Internet Komuniti disini telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya dengan bimbingan tenaga pengajar di sini.”

“Saya mendapat penerangan tadi bahawa di kampung ini sahaja hampir 4000 pengguna telah memanfaatkan pusat internet ini sejak ia dibuka enam tahun lalu” katanya ketika ditemui.

Menurut Wan Romani lagi, bayaran sewa bagi penggunaan akses internet di semua Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia diselaraskan serendah RM1.00 sejam bagi ahli yang berdaftar.

Hal ini bagi memastikan tiada masyarakat yang akan tercicir dari perkembangan teknologi masa kini.

Beliau sempat beramah mesra dengan seorang usahawan berjaya yang merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak, yang telah mendapatkan bimbingan di sini dan pendapatan bulanannya kini mencecah RM15,000.00 sebulan.

Sebanyak 73 PIK yang terdapat di seluruh Negeri Negeri Kedah.