Home Berita PAS Selangor

Program ziarah medik – PAS Kawasan Tanjong Karang

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 13 September – Lajnah Kebajkan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang semalam, telah mengadakan ziarah ke Rumah Allahyarham Azraie menyantuni serta memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah.

Seterusnya, program kebajikan mereka diteruskan dengan program ziarah medik yang diketuai oleh Dr. Hamid bersama team beliau ke beberapa buah rumah yang mana terdapat penduduk yang kurang sihat.

Program diteruskan dengan berkunjung ke rumah ahli-ahli PAS yang telah meninggal dunia akibat COVID-19, bagi menyerahkan sedikit sumbangan daripada PAS Negeri Selangor kepada waris arwah.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.

May be an image of 2 people and people standing

“Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang”.

“Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan Pusat Khidmat PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan”.

May be an image of 1 person and standing

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604

Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor