Home Kenyataan Media PAS Kedah

PULAU PINANG MILIK KEDAH BUKAN KENYATAAN PROVOKASI

438
SHARE

Saya telah menjelaskan di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa jika ingin mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang, maka Kedahlah kedaulatan sebenar bagi Pulau Pinang.

YAB Menteri Besar Kedah turut mengulangi pendirian yang sama dengan tegas beberapa kali.

Apakah ia satu bentuk provokasi? Tentunya tidak.

Jika begitu, apakah pandangan tokoh sejarawan negara mahupun antarabangsa juga dianggap satu provokasi?

Sejarah tetap sejarah. Ia tidak boleh wewenang diubah.

Profesor Dato’ Dr Ahmad Murad Merican pernah menulis satu makalah akademik bertajuk, ‘The 1786 Acquisition of Pulau Pinang’.

Makalah tersebut melakukan penilaian (revisit) terhadap penulisan tokoh sejarah R. Bonney yang bertajuk ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ mengenai pengambilalihan Pulau Pinang daripada Kedah.

  1. Bonney menyimpulkan bahawa tidak ada sebarang perjanjian hitam putih yang ditandatangani berkenaan pemberian pulau tersebut daripada Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah.

Bahkan tindakan Francis Light yang mengambil alih Pulau Pinang atas nama King George III dianggap menceroboh undang-undang antarabangsa malah membohongi Sultan Kedah.

“Pulau Pinang was an integral part of Kedah as the East India Company itself acknowledged and by taking formal possession of the island on 11 August 1786…Light not only committed,…a breach of international law but cheated Sultan Abdullah as well”.

Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang berasaskan kepada kebimbangan Baginda Sultan Kedah yang terhimpit di antara kuasa Burma dan Siam.

Walau bagaimanapun, bantuan ketenteraan tidak disalurkan kepada Kedah ketika serangan dilancarkan sedangkan ia adalah intipati utama surat daripada Sultan Kedah kepada Light pada Mei 1791.

Profesor Murad Merican dalam kesimpulannya menjelaskan bahawa tindakan Francis Light menamakan semula Pulau Pinang dengan nama ‘Princes of Wales Island’ adalah ‘pembohongan terbesar dalam sejarah’ (the greatest deceptions in history).

Malah, menjawab persoalan asas terhadap kedudukan sebenar Pulau Pinang ini penting bagi memelihara kedaulatan dan maruah negeri Kedah yang berdaulat.

Jika sejak daripada awal lagi pendudukan British di Pulau Pinang ini diragui, maka bagaimana mungkin boleh timbul keraguan pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang?

Pulau Pinang adalah salah satu negeri di bawah Persekutuan Malaysia. Menyerahkan semula kepada Kedah tidak mungkin akan menggugat kedaulatan negara.

Inilah masa yang tepat untuk membetulkan kesilapan lampau.

YB Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yahaya

Pesuruhjaya PAS Kedah|Ahli Parlimen Pokok Sena