Home Berita PAS Pulau Pinang

PEMERGIAN USTAZ DIN KEHILANGAN BESAR BUAT DACS PULAU PINANG

3387
SHARE

BALIK PULAU: Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pulau Pinang Tuan Mohd Khairil Hanif bin Arshad hadir menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Mohd Nazarudin bin Awang Hamad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Din di kediaman Allahyarham di Air Putih, Balik Pulau.

Turut hadir sama Tuan Mohd Khir bin Ahmad Pengerusi Alternative Riding Club (ARC) bersama rombongan konvoi motor bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ustaz Din.

Allahyarham pernah berkhidmat bersama DACS Pulau Pinang sekitar tahun 2017 sehingga beliau disahkan mengidap sakit buah pinggang. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam dan meninggalkan seorang balu Norliza binti Nawawi dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun.

Tuan Mohd Khairil Hanif yang mewakili DACS Pulau Pinang dan Tuan Mohd Khai mewakili ARC telah memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham dan mengharapkan seluruh keluarga dapat menerima ketentuan takdir ALLAH dengan hati yang tenang.

Seluruh warga DACS Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Din dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan anbiya, syuhada dan para solehin.

Ya Allah Ya Tuhan kami ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sumber :

https://www.facebook.com/485422674895681/posts/pfbid02SnFEr1AjzfpxtKmCWoyeKnAixQqXvUcDSKXggbTK3hzS5doqdwtP11RPzWNNdGPyl/?mibextid=Nif5oz