Hei anak muda..
Tahu kah kau erti negara berdaulat?
Ertinya bebas merdeka
Ertinya kitalah tuan
Ertinya hak kita, kita punya
Hei anak muda..
Tahukah kau dari mana datangnya daulat itu?
Biar aku beritahu
Dari perjuangan Dato Maharajalela
Dari darah Dato Bahaman
Dari keringat Tok Gajah
Dari teriakan Tok Janggut
Dari laras rifel Leftenan Adnan
Dari keringat semua pejuang bangsa…
Dari air mata isteri-isteri dan anak-anak mereka
Yang kehilangan insan tercinta
Hei anak muda..
Apakah akan kau balas segala keringat pejuang itu
Dengan kehancuran perkertimu?
Maka sia-sialah pengorbanan mereka
Kalau lah pejuang-pejuang bangsa itu boleh melihat zaman ini
Pasti mereka menitiskan air mata
Meratapi kekosongan jiwa anak cucu tercinta
Hei anak muda..
Apalah ertinya kewujudan diri mu
Dalam sebuah negara warisan ini
Jika tidak ada satu pun jasa kau taburkan..
Hei anak muda..
Mereka korbankan hidup mereka di dunia ini
Untuk anak cucu yang tercinta yang sangat dikasihi
Lalu tanyalah diri mu
Apa yang akan kau korbankan untuk anak cucumu nanti..?
Nukilan :
IBNU JANIE
• Editor Berita PAS
Jabatan Penerangan PAS Melaka
• Ketua Penerangan PAS Kawasan Masjid Tanah