Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PTPTN: Anak Muda Negeri Sembilan Perlu Undi PAS

822
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN
26 APRIL 2018

PTPTN: Anak muda Negeri Sembilan perlu undi PAS.

1 – Pelupusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicadangkan Gagasan Sejahtera yang ditunjangi PAS dalam manifesto Malaysia Sejahtera tidak akan merugikan negara, malah akan menyuntik keuntungan selepas graduan dapat menikmati kehidupan lebih selesa membantu ekonomi domestik melalui pelagai kaedah.

2 – Ini kerana PAS yakin untuk mengambil pendekatan melupuskan hutang PTPTN melihatkan sumber pendapatan negara yang semakin bertambah. Graduan boleh membeli rumah (pinjaman), ruang agak besar dalam mendepani urusan ekonomi domestik yang akan memberi kesan positif kepada peningkatan ekonomi negara.

3 – Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan amat yakin sekiranya pemimpin negara melaksanakan urus tadbir yang baik dengan tiada kebocoran, ketirisan rasuah maka hutang PTPTN tersebut boleh diselesaikan.

4 – Jadi untuk memilih pemimpin yang bebas rasuah maka hanya satu parti sahaja yang terbukti bebas rasuah, diakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu PAS.

5 – Umum mengetahui bahawa hutang PTPTN ini membebankan rakyat terutamanya golongan anak muda dan menghalang mereka daripada menikmati kekayaan dalam negara.

6 – Sebagai ganti kepada PTPTN maka PAS melalui Dewan Pemudanya telah mencadangkan solusi untuk diwujudkan Perbadanan Tabung Wakaf Peringkat Kebangsaan.

7 – Walaupun wakaf berada di bawah takluk Undang-undang Negeri namun mereka akan mengusahakan mekanisme-mekanisme yang akan membolehkan konsep tersebut digunakan. Sementara mereka yang telah dan sedang melunaskan hutang, wang yang telah dibayar secara terus akan dimasukkan ke akaun SSPN anak anak mereka pula.

8 – Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada tahun 2016 antara usul yang diberikan adalah agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif kepada PTPTN.

9 – Maka kepada anak anak muda di Negeri Sembilan, kami yakin ramai hari ini yang merasai beban hutang PTPTN ini hingga ada yang terpaksa berhutang dengan agensi tidak sah semata-mata mahu melunaskan hutang PTPTN. Apatah lagi tidak kurang ada yang tidak mampu mendepani kos hidup yang tinggi dengan peluang pekerjaan yang sangat terhad, maka anak muda khasnya Graduan terbeban dengan hutang pendidikan.

10 – Maka wajar dan perlulah anak muda di negeri ini yang layak mengundi untuk memilih PAS bersama bahtera Gagasan Sejahtera untuk kesejahteraan hidup mereka masa akan datang. Selamat mengundi dan ubahlah demi Malaysia Sejahtera.

#Malaysia Sejahtera
#Anak Muda Sejahtera.

Kenyataan Bersama:

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN.

USTAZ MAHFUZ ROSLAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN
26 APRIL 2018