Home Berita PAS Wilayah

PAS Mendahului Parti Lain Memerangi Rasuah

603
SHARE

BATU, 21 April – PAS yang telah difitnah menerima rasuah daripada UMNO terbukti mendahului parti lain dalam memerangi rasuah. Hal ini dinyatakan oleh Ustaz Azhar bin Yahya, calon PAS bagi P115 Parlimen Batu dalam ceramah beliau.
PAS yang sebelum ini difitnah oleh Sarawak Report menerima RM90 juta telah menyaman pihak tersebut, dan diberikan kemenangan dalam pusingan pertama perbicaraan. Terdapat juga sumber yang menyatakan keinginan Sarawak Report untuk menyelesaikan hal tersebut di luar mahkamah.
Ustaz Azhar juga menambah di dalam ceramahnya berkenaan laporan daripada menteri berkenaan jumlah siasatan rasuah oleh SPRM iaitu 71 kes daripada BN, 21 kes daripada PH dan 0 kes daripada PAS. Hal ini menjadi bukti integriti PAS dalam pentadbiran.
Kerajaan Kelantan yang diperintah oleh PAS juga mendapat markah tertinggi daripada Ketua Audit Negara iaitu sebanyak 99% dalam laporan audit, sekaligus membuktikan kemampuan PAS mentadbir negeri dengan efektif dan jauh dari gejala rasuah.
“Ketirisan dalam Malaysia yang dilaporkan adalah RM40 billion setiap tahun. Jika kita dapat menyelamatkan jumlah ini, tidak mustahil kita akan mampu melakukan pelbagai pembangunan negara termasuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat,” kata Ustaz Azhar.