Home Berita PAS Kedah

PSU2 Dewan Ulamak PAS Kedah perlu pembedahan, rayu sumbangan

281
SHARE

ALOR SETAR – Penolong Setiausaha 2 Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Azwan Affendy Zahidi  kini sedang menderita sakit bisul di bahagian peha yang agak kritikal sehingga perlu menjalani pembedahan.

Beliau yang juga Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Kedah dan Pengarah Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (Ilham) Negeri Kedah sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Perda, Pulau Pinang sejak beberapa hari yang lalu

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Yusuf Ahmad ketika dihubungi mengesahkan Dewan Ulamak sedang melancarkan sumbangan derma bagi membantu membiayai kos rawatan Ustaz Azwan.

Dimaklumkan pada pembedahan kali pertama pada Isnin lalu, sebanyak 1.5 liter nanah telah dibuang melalui bisul tersebut, dan dijangka  kos rawatan keseluruhan adalah sebanyak RM30 ribu bagi menjalani pembedahan kedua untuk pembuangan nanah serta rawatan susulan.

Sehubungan itu mereka yang ingin menderma boleh menymbang melalui akaun bank Dewan Ulamak Pas Kedah 02011010026306 (Bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang pertanyaan dan makluman transaksi  boleh hubungi Ustaz Ismail Hashim di talian 019-5515985.