Home Berita PAS Sabah

PRU15 : Kekalkan perpaduan hindari perpecahan

118
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
22 Ogos 2022

LAHAD DATU: PAS Sabah menyeru semua parti politik mesra kerajaan supaya mengekalkan perpaduan dan menghindari perpecahan bagi mencapai kemenangan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah, agenda perpaduan parti-parti politik ini penting bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 untuk memastikan kemenangan dan mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu.

“Hanya ini sahaja formula bagi menghalang kemenangan Warisan dan Pakatan Harapan serta parti-parti gabungannya memerintah semula. Kesan 22 bulan PH memerintah sangat memeritkan kehidupan rakyat.

“Hanya dengan cara menyatukan semua pihak untuk mendukung agenda perpaduan ini dan bersama membina semula negara Malaysia yang sejahtera dapat menghalang PH memerintah semula,” ujarnya lagi.

Ahmad turut menegaskan beberapa prinsip utama perpaduan yang telah digariskan oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau iaitu Adil Kepada Semua dan Satu Keluarga Malaysia.

Dalam kenyataan sama, pihaknya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin agar semua pihak memberi fokus agenda perpaduan ini dalam PRU15 akan datang.

Ia selaras dengan saranan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin agar pertembungan yang tidak perlu harus dielakkan dalam pilihan raya berkenaan.