Home Berita PAS Perlis

PRU segera bukan keutamaan, fokus nasib rakyat

44
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KANGAR

PRU SEGERA BUKAN KEUTAMAAN, PEMIMPIN POLITIK PERLU FOKUS NASIB RAKYAT

Pemuda PAS Kangar ingin menyatakan pendirian, tiada keperluan mendesak untuk diadakan PRU15 segera.

Negara sedang mengalami krisis ekonomi, kejatuhan nilai mata wang ringgit, peningkatan inflasi, harga barang naik yang menghimpit rakyat. Inilah perkara yang harus dijadikan agenda utama untuk diselesaikan dan bukannya “berpolitiking” yang tidak berkesudahan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Kangar ingin mengingatkan semua pemimpin parti politik agar terus berusaha dan fokus terhadap agenda membela nasib dan kebajikan rakyat, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi semata.

Pemuda PAS Kangar juga menyeru semua pihak agar memberikan fokus kepada agenda membela nasib rakyat, membaiki ekonomi negara serta tidak mengheret rakyat didalam kancah perebutan kuasa yang tiada nilai terhadap kepentingan rakyat.

AHMAD ASHRAF BIN MOHD KHAIRUDIN 
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar
13 Jun 2022 | 14 Zulkaedah 1443H