Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

PRU-15 – Utamakan Kestabilan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

97
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PULAU PINANG

PRU-15 : UTAMAKAN KESTABILAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya PRU-15 ditangguhkan dengan meletakkan kestabilan rakyat dan negara sebagai fokus utama.

PAS Pulau Pinang amat prihatin dengan masalah rakyat Malaysia yang masih tidak stabil akibat COVID-19, bahkan masa ini masih dalam proses pemulihan ekonomi negara.

Oleh itu, kami menyeru semua pihak termasuk parti-parti politik supaya mengutamakan kesejahteraan rakyat Malaysia serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri dalam usaha untuk mengharmoni dan menstabilkan situasi rakyat yang baru menginjak ke fasa endemik.

Justeru, PAS Pulau Pinang sekali lagi menegaskan bahawa kami menyokong sepenuhnya saranan Presiden PAS agar PRU-15 ditangguhkan demi kepentingan Islam dan rakyat seiring masa depan negara Malaysia yang lebih sejahtera

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”

Ustaz Abdul Razib Abd Rahim
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pulau Pinang