Home Berita PAS Pahang

PRU 15 | Suara anak muda Pahang perlukan pemimpin yang berintegriti

296
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 21 Nov : Kejayaan Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 15 telah mencapai hasrat parti berkenaan untuk menerajui Pahang.

Namun menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu, kejayaaan tersebut perlu gabungan dengan parti lain.

“Kita telah mencapai hasrat kita untuk teraju Pahang cuma kita tidak dapat simple majority untuk menerajui secara bersendirian.

“Kita kena teraju bersama, bergabung dengan semua rakan gabungan dan memerlukan perbincangan sedikit lagi mungkin dalam sehari dua lagi akan selesai”, kata Andansura Rabu.

Seterusnya beliau berterima kasih kepada semua pengundi di Pahang khasnya pengundi DUN Beserah, terutama di kalangan anak-anak muda yang pertama kali mengundi.

Tambah beliau anak-anak muda telah memberikan satu suara yang sangat kuat inginkan satu pemerintahan kerajaan yang bukan sahaja mengambil berat soal anak-anak muda bahkan memerlukan kerajaan yang bersih berintegriti dan stabil.

Justeru beliau mengharapkan dengan isyarat yang diberikan oleh anak muda ini, akan memberikan kesedaran kepada semua pemimpin utama parti-parti politik yang ada dalam negara supaya melihat kembali kepentingan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

“Segala permasalahan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan bukan untuk perkara lain untuk peribadi ataupun untuk kuasa semata-mata.

“Keputusan dalam PRU15 ini khasnya di negeri Pahang telah menunjukkan satu lonjakan baru dengan adanya generasi muda sebagai pengundi.

“Maka semua yang telah dipilih kita harap dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin kerana rakyat sudah bijak di dalam menilai dan juga dalam menyuarakan kehendak serta pandangan mereka”, tambah beliau lagi ketika dihubungi.