Home Melaka

Pena editor Melaka| Selepas dua hari pengundi PH dan BN baru tahu ditipu

718
SHARE

1. Hari ini terdedahlah kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan pengumuman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pembentukan kerajaan bersama.

2. Baru sahaja dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang berakhir Sabtu lepas berdegar-degar PH memperjuangkan pembenterasan rasuah.

3. Masih terngiang-ngiang lagi lagu ciptaan Altimet siapa sokong penyamun sebagai tanda kebencian kepada BN yang dikatakan sebagai penyamun.

4. PH malah berkempen bahawa satu undi kepada Perikatan Nasional bermaksud satu undi kepada BN demi untuk memalitkan Perikatan Nasional dengan imej buruk BN.

5. BN pula dengan semangat Melayunya memperjuangkan anti kepada DAP dan menyindir PAS yang pernah berkawan dengan DAP sedangkan merekalah kononnya benar-benar anti DAP.

6. Bermati-matian Zahid dan Anwar menafikan bukti-bukti hubungan sulit mereka berdua tentang kerjasama gelap di belakang pengetahuan ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

7. Hari ini kemunafikan mereka semua terbongkar apabila Zahid Hamidi bertemu dengan Anwar Ibrahim untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

8. Dan dengar khabarnya Umno-DAP sudah pun membentuk kerajaan negeri di Pahang dan Perak.

9. Jadi pada hari ini tahulah bahawa pengundi-pengundi PH yang selama ini mengundi PH untuk membanteras rasuah dan penyamun, sebenarnya telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang terbukti bersekongkol dengan penyamun.

10. Dan pada hari ini penyokong-penyokong Umno-BN sudah pun tahu bahawa pemimpin mereka sebenarnya tidaklah anti DAP malah sanggup bersekongkol dengan DAP yang sebelum ini mereka tuduh sebagai musuh Islam dan Melayu.

11. Yang tidak menipu hanyalah Perikatan Nasional yang hanya mahu menerima sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen BN yang bersih dan bukan penyamun dan terpalit rasuah.

12. Doakan semoga DAP-Umno tidak berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan kerana bahaya besar menanti apabila penyamun bergabung dengan puak anti-Islam menjadi kerajaan.

13. “Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun? Ho ho hoi ya PH sokong penyamun.”

IBNU JANIE
Ketua Editor Negeri
Berita PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH