Home Berita PAS Wilayah

PRU-15 : Kuasai kemahiran digital

50
SHARE

Oleh Tia Razali

BATU, 6 OGOS: Semenjak tahun 2020, ahli digesa untuk memaksimakan kemahiran media digital dalam menaikkan trafik media sosial sebagai medium penyebaran maklumat.

Ketua Dewan Muslimat PAS, YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh dalam ucaptamanya di Muktamar Tahunan DMWP Ke-39 hari ini berkata, kekuatan penggerak media juga harus dipertingkatkan untuk memastikan mesej yang ingin dibawa oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjaya menembusi kelompok sasaran.

Ujar beliau lagi, strategi sebaran maklumat dan kemahiran perlu ditambah terutama sekali dalam menghasilkan video-video pendek yang dirangkumkan daripada program-program yang dijalankan.

“Fokus juga perlu turut diberikan kepada saluran media sosial yang menjadi tumpuan pengguna mengikut trend semasa.

“Pengundi muda mungkin tidak lagi tertumpu dalam Facebook dan di blog-blog tetapi mereka kini lebih cenderung munggunakan medium lain seperti Twitter, Instagram dan TikTok,” tegas beliau.

Walaubagaimanapun, beliau juga menasihatkan para pimpinan perlu mengenalpasti ‘workload’ ahli-ahli media agar fokus bagi menaikkan trafik setiap media sosial tidak dibebani. Susun strategi serta mobilasi tenaga penggerak lebih ramai agar capaian maklumat dapat tersebar lebih luas.