Home Berita PAS Wilayah

Perkasa muslimat hadapi PRU-15

44
SHARE

Oleh Tia Razali

BATU, 6 OGOS: Kekuatan sumber manusia amat penting dalam memenangi PRU-15 yang bakal mendatang.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh, kekuatan ahli di setiap kawasan dan cawangan amat perlu diperkasakan dan perlu bersedia untuk memberi sumbangan terbaik di posisi masing-masing.

Fokus untuk menambah ahli perlu di lakukan dengan giat di kawasan dan cawangan yang kurang aktif agar dapat mengikat hati pengundi dan penyokong PAS di tempat tersebut.

“Demi mencapai kemenangan dalam menghadapi pilihanraya yang ke-15 ini, PAS perlu kukuh dan kuat.

“Asas untuk sebuah parti yang kuat adalah sangat bergantung kepada ahli-ahlinya dalam pelbagai aspek seperti berilmu, berketerampilan secara haraki dan rohani yang mantap atau AKIFI,” tegas beliau.