Home Berita PAS Wilayah

PRU 15: “Bersedialah dengan segala hasilan tarbiyah kita selama ini”

39
SHARE

PRU 15: “Bersedialah dengan segala hasilan tarbiyah kita selama ini”

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 7 Nov- “Bersedialah dengan segala hasilan tarbiyyah selama ini dalam menghadapi suasana masa kini yang kian hampir dengan PRU 15.”

Demikian pesanan Persuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya terutama kepada seluruh jentera PAS Wilayah Persekutuan.

“Semboyan pilihanraya sudah ditiup di Melaka. Kemudian pula di Sarawak dan Pilihanraya Umum juga pasti sudah dalam persediaan kita.

“Maka selaku ahli gerakan Islam, saya menyeru kita semua untuk terus yakin, thiqah dan wala’ kepada setiap arahan jemaah.

“Pelbagai perkara yang mungkin bakal menggugat kesabaran dan keyakinan, tetapi tetaplah bertabah dan perbanyakkan keterlibatan dengan program tarbiah.

“Suatu yang jauh lebih penting adalah kuatkanlah hubungan dengan Allah SWT yang merupakan pemilik segala kuasa dan segala-segala Dzat kesempurnaan,” ujarnya.