Home Berita PAS Wilayah

Integriti dan Kebajikan: Hanya PAS mampu tawarkan tanpa ragu

57
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 7 Nov: “Integriti dan kebajikan, dua ‘selling point’ yang tanpa diragui lagi hanya mampu ditawarkan oleh PAS.”

Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya ketika mengulas ucapan dasar Tuan Guru Presiden PAS yang menawarkan kepada rakyat nilai integriti dan negara berkebajikan.

“Dalam perkara integriti ini, PAS telah membuktikan melalui pentadbiran negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang diterajui oleh pemerintahan PAS.

“Negeri-negeri ini sentiasa membuka pintu untuk diaudit dan diperiksa sekiranya hendak disabitkan dengan sebarang perkara yang berkait dengan integriti,” jelas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa seandainya terdapat mana-mana pimpinan mahupun ahli PAS yang terlibat dengan jenayah integriti, PAS sememangnya akan mengenakan tindakan tatatertib dan sekiranya ia melibatkan masyarakat, PAS tidak teragak-agak untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Berkenaan nilai kebajikan pula, beliau menyifatkan ia sebagai ‘selling point’ terbaik yang PAS berjaya tunjukkan dengan kebajikan yang merentas sempadan negeri dan negara.

“Kita sudah biasa, lama sebelum kita menjadi kerajaan lagi apabila tanpa malu, “tin-tin Milo” digerakkan agar dananya dapat disumbangkan kepada masyarakat merentas agama, negeri dan negara.

“Dana Aid4Palestin yang dilancarkan beberapa bulan lalu jelas terbukti dengan kutipan mencecah jutaan ringgit. Dalam isu COVID-19 pula, PAS mempunyai mekanisme kebajikan tersendiri, antara yang utama ialah Sekretariat Tabung Bencana COVID-19 (STBC) yang digerakkan di seluruh negara dan telah memanfaatkan begitu ramai penerima,” jelasnya.