Home Artikel PAS Kedah

PRU-14 : Dun Pedu Kembali Bertenaga dengan Calon PAS

900 views
SHARE

PAS menghadapi pilihanraya umum ke-14 di Dun Pedu dengan satu semangat baharu yang tinggi apabila kerusi tradisinya yang diberikan kepada PKR semasa PRU 12 dan PRU 13 ditandingi semula oleh PAS.

Dengan kembalinya kerusi Dun Pedu kepada PAS dilihat memberikan suntikan semangat yang tinggi kepada para jentera , ahli dan penyokong PAS Dun Pedu dalam menghadapi PRU14.

Calon PAS Dun Pedu Haji Mohd Md Amin atau lebih dikenali mesra dengan gelaran ‘Paksu Di’ akan berhadapan dengan calon yang menyandang kerusi N08 Pedu Kama Noriah(BN) , selain akan berhadapan dengan calon Pakatan Harapan Hashim Idris dari PKR seperti diumumkan oleh Pengurus Pilihanraya Daerah Padang Terap setelah selesai penamaan calon hari ini.

Pertembungan 3 penjuru ini dilihat memberikan kelebihan kepada PAS kerana PAS memiliki sejarah pengalaman sebagai parti politik yang lama bertapak,ahli dan penyokong yang banyak, cawangan serta markas yang wujud di hampir keseluruhan kampung di Dun Pedu.

Pencalonan ‘Paksu Di’ juga dilihat sebagai faktor besar menyumbang kearah kemenangan PAS kerana beliau sangat dikenali penduduk tempatan , mudah mesra selain sangat prihatin dalam membantu rakyat tempatan selain mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Mengambil tema ‘Pedu Kali Ni Sejahtera Bersama Islam’ , angin perubahan dari kalangan pengundi untuk bersama PAS khususnya dari golongan muda dan wanita, Paksu Di berjaya menimbulkan ikon sebagai pemimpin yang dekat dengan jiwa rakyat melalui pelbagai kerja kebajikan yang dilakukan oleh beliau selama ini sebagai Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu dan Timbalan Yang DiPertua PAS Padang Terap.

Sejarah kemenangan PAS pada pilihanraya umum tahun 1999 di Dun Pedu boleh menjadi ulangan kemenangan bagi PAS dengan segala kekuatan yang ada disamping faktor pengundi yang tertekan dan bosan dengan kerajaan BN yang tidak mampu meringankan beban kehidupan rakyat ketika ini.

SHARE
Previous article
Next articleCalon PAS Tiada Yang Ditolak