Oleh NAZIRUL MUNIR
JEMPOL, 1 Ogos : Kami protes perbuatan Presiden UMNO dengan menyokong Perikatan Nasional dalam pilihanraya.
Demikian dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim dalam Ceramah Umum Pilihanraya N05 Serting di Bandar Seri Jempol, di sini, semalam.
“Tuan-tuan kena bagi peringatan, pengajaran bahawa tuan-tuan kena tolak UMNO. Tak perlu masuk PAS, tak perlu masuk Bersatu, Diam-diam pangkah PN.
“Orang perlis marah dekat presiden UMNO, habis satu perlis. Saya dulu dapat lebih kurang 16,000 (undi) sekarang dapat 31,000 (undi)”, ujar Shahidan.
Tambah Shahidan lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Arau, Kerajaan hari ini ada kuasa tetapi disalah guna.
“Mengarah itu adalah penyalahgunaan kuasa. Kuasa bukan untuk menyombong, kuasa untuk menegakkan keadilan”, tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato, Mahfodz menyatakan kita berhadapan dengan situasi yang kritikal.
“Kita berhadapan dengan kerajaan kakistokrasi. Tidak ada pilihan lain, perlu menukar kerajaan pada hari ini.
“Solidariti bersama-sama untuk tukar kerajaan, Negeri Sembilan secara holistik menolak kakistokrasi”, ujar beliau.
Tambah Nawfal lagi, pembangkang hari ini kuat dan dapat mengimbangi kerajaan yang lemah.
“Masih ada kawan-kawan kita, umno-umno yang baik, kita perlu selamatkan. Mereka perlu bersama dengan kita”, ulasnya.
Turut hadir Ahli Parlimen Tangga Batu,YB Bakri Jamaluddin, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzair serta Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin.