Home Berita PAS Perak

Projek RM520 Juta Telah Dirobohkan:Kerajaan Digesa Jelaskan

60
SHARE

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMBANGKANG DEWAN NEGERI PERAK

PROJEK RM520 JUTA TELAH DIROBOHKAN : KERAJAAN DIGESA MEMBERIKAN PENJELASAN, USAH HANYA DIAM BERIBU BAHASA

1. Satu video tular mengenai dengan aktiviti perobohan telah dilakukan terhadap sebahagian bangunan Movie Animation Park Studio di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Pautan video : https://www.facebook.com/share/v/q9V2Jo4Utui2bss3/?mibextid=oFDknk

2. Setakat pada hari ini pihak kerajaan negeri hanya diam beribu bahasa dan tiada sebarang penjelasan diberikan kerana perkara tersebut telah menimbulkan kegusaran dan persoalan buat rakyat negeri Perak khususnya. Saya juga didalam sidang DUN Perak telah banyak kali membangkitkan isu MAPS ini, namun pihak jawapan YAB Menteri Besar Perak amat menghampakan.
Pautan video :
https://vt.tiktok.com/ZS2ytemvv/.

3. Baru – baru ini juga dalam sidang DUN bulan Julai yang lepas, saya telah bertanyakan melalui jawapan bertulis kepada YAB Menteri Besar Perak, namun jawapan yang diberikan amat mudah iaitu : ” Kerajaan Negeri tidak mempunyai hak ke atas MAPS “. Sekali lagi jawapan itu amat menghampakan.

4. Ahli – ahli Dewan Negeri Pakatan Harapan pula kini setelah menjadi kerajaan sudah senyap membisu bahkan merekalah dahulu bagai gegak gempita melaungkan MAPS ini seperti 1MDB versi Perak. Tiada manfaat apabila mereka kini sedang selesa dikerusi empuk sebagai kerajaan dan mempunyai jumlah majoriti sebagai EXCO.

5. Timbul persoalan mengenai dakwaan tanah di kawasan tersebut dan sekitarnya akan dijual kepada pihak persendirian untuk dibangunkan projek perumahan elit dan mewah. Apakah dakwaan ini benar? Pihak kerajaan juga diminta untuk menyatakan apakah status tanah tapak MAPS tersebut?

6. Kami di saf pembangkang dengan ini mengesa pihak kerajaan memberikan penjelasan lanjut mengenai video aktiviti perobohan MAPS tersebut kepada rakyat negeri Perak dan menyatakan apakah tindakan kerajaan untuk memastikan projek yang dibangunkan selepas ini akan mendatangkan manfaat buat rakyat dan bukan hanya menguntungkan pihak tertentu.

Sekian.

YB HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA AAP., PJK.,
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak/ ADN Gunong Semanggol
06 September 2024/ 01 Rabiulawal 1446H

https://www.facebook.com/share/p/G1M4a8gMVTV2CEiY/?mibextid=oFDknk