Home Berita PAS Sabah

PAS bantu bakal pelajar ke Mesir

38
SHARE

 

Oleh : Mimi Hazwa H.M.S
7 September 2024

KOTA KINABALU: Iffah Syahzani Jamri menerima sumbangan tajaan pendidikan daripada Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Sabah berjumlah RM9,600.

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa Konvensyen PAS Sabah 2024 di sini, Sabtu lalu.

Menurut ketuanya, Nor Azian Shafie, mereka sentiasa berusaha membantu anak muda tempatan yang menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran dari segi kewangan dan tenaga untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“Adik Iffah akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al- Azhar Mesir pertengahan September ini.

“Pelajar ini menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran kewangan untuk melunaskan yuran sebanyak RM8,500 sebelum bertolak ke Mesir dan turut mengakui belum mendapat sebarang tajaan dari mana – mana institusi tempatan,” katanya selepas majlis.

Semasa majlis, turut disampaikan manfaat skimpas berjumlah RM10,000 kepada Azmi Bidin, suami kepada allahyarhamah Nur Sabrina Seman yang meninggal dunia 27 Jun lalu akibat penyakit kanser tahap 4.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah bagi menghargai komitmen, kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus daripada ahli PAS.

Anugerah bagi kategori Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah iaitu Anugerah Ulamak Aktif diberikan kepada Laiman Ikin @ Ag.Laiman Kakimin daripada kota Belud.

 

Untuk anugerah khas Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu Anugerah Ikon Pendidikan diberikan kepada Kasman Karate daripada Kunak manakala anugerah Pemuda Istiqamah diberikan kepada Ustaz Rosli Hasan daripada Tawau.

Anugerah Tokoh Istiqomah Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah diberikan kepada Zaiton Ahmad sementara Anugerah Perhubungan PAS Negeri Sabah (PPNS) iaituTokoh Istiqamah dianugerahkan kepada Haji Aminuddin Aling.

Seramai lebih 700 orang ahli hadir dalam konvensyen PAS Sabah 2024 kali ini dan majoritinya terdiri daripada kalangan anak muda tempatan.