Home Berita PAS Selangor

Kebajikan penduduk terus diperkasakan – PAS Kawasan Sungai Buloh

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 13 September – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Sungai Buloh meneruskan agenda membela kebajikan penduduk yang amat memerlukan.

Semalam, En Nik Ismail Wan Ahmad bergerak ke Pangsapuri Iris, Saujana Utama menyampaikan sumbangan bagi sebuah keluarga muda yang menetap disitu.

Menurut Nik Ismail, beliau telah menerima permohonan kelmarin dan telah merancang untuk turun bersama dengan YDP PAS Kawasan namun YDP terdapat kekangan untuk hadir.

Tambah beliau lagi, permohonan bantuan keperluan barangan tidak putus dan pihaknya sedaya mungkin berusaha untuk membantu semampu boleh agar tidak menghampakan pemohon.

Terdahulu, penerima merupakan seorang guru Quran yang mengajar rumah ke rumah terpaksa ditangguhkan dahulu dan kini menjalankan perniagaan jualan air di tapak pasar malam Saujana Utama bagi menampung pendapatan hariannya.

“Semoga beliau tabah menjalani ujian kehidupan dengan penuh kesabaran dan dipermudahkan urusan beliau sekeluarga olehNya”, doa PAS Kawasan Sungai Buloh.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor