Home Berita PAS Selangor

Program Ziarah Al-Malak PAS Sungai Besar diteruskan – PAS Kawasan Sungai Besar

8
SHARE

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and indoor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 20 Oktober – Ziarah Al-Malak, PAS Kawasan Sungai Besar diketuai YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin telah diadakan semalam iaitu ke rumah Haji Zainudin @ Punari iaitu pemilik bagi Wisma Masri.

Wisma tersebut telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan dapat membantu ekonomi penduduk setempat. Salah satu perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berjaya di Sekinchan serta yang dipelopori oleh anak Melayu dan masyarakat tempatan, juga jasa Wisma Masri ini.

Turut bersama hadir termasuk Setiausaha PAS Kawasan Sungai Besar, sdra Zulkifli Ibrahim dan AJK-AJK PAS Kawasan yang meluangkan masa hadir dalam Ziarah Al-Malak, pagi semalam.

“Semoga Haji Zainudin diberikan kesembuhan di atas ujian kesihatan yang sedang dihadapi untuk terus memberi manfaat kepada orang lain”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor