Home Berita PAS Melaka

Program ‘Sujudku’, bawa masyarakat taqarrub dengan Ilahi – Normah Abdullah

339
SHARE

Oleh UMMU HUSNA

JASIN, 3 Mei: “Masyarakat suka dengan program kerohanian lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Tahniah kepada semua peserta yang hadir dalam program ‘Sujudku’ yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid As Salam, Kesang Tua ini.”

Menurut Pengerusi Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka, Normah Abdullah, program ini akan diteruskan ke masjid-masjid di daerah Jasin secara berkala.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka   Normah Abdullah  sedang memberikan ucapan..

Tambah beliau lagi, program yang berlangsung semalam ini merupakan program pertama yang telah dianjurkan oleh pertubuhan ini sejak ianya ditubuhkan pada 20 Ogos tahun lepas.

“Alhamdulillah program ini telah disertai oleh 110 orang wanita dan ianya dimulai dengan solat sunat taubat, duha, hajat dan diakhiri dengan solat sunat tasbih.

“Kemudian ianya diikuti dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustazah Khadijah Mahmud.

“Insya-Allah pertubuhan ini akan mengendalikan satu lagi program terdekat yang dinamakan ‘Ceria Syukur Di Aidilfitri’,” ujar beliau lagi.

Menurut beliau program tersebut dibuat bagi menyantuni 30 orang anak yatim dan asnaf di kawasan Jasin dengan menyediakan keperluan hari raya kepada mereka.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar sama-sama menyumbang untuk program ini.

Mereka yang berminat untuk menyumbang boleh terus menyalurkan sumbangan di nombor akaun Bank Islam (04 033 010 034 069), Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka.

Turut hadir dalam program ini ialah Penasihat Pertubuhan Prihatin Harmoni Wanita Melaka iaitu Kintan Man.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .