Home Artikel PAS Kedah

Program penyampaian Kuih Bulan sempena Perayaan Kuih Bulan 2020

297
SHARE

Kota Setar 1 Okt 2020; Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melalui Lajnah Perpaduan Nasional mengambil kesempatan menyampaikan kuih bulan kepada beberapa persatuan dan NGO masyarakat cina di sekitar Alor Setar sempena Perayaan Kuih Bulan.

Perayaan ini menjadi tradisi masyarakat Cina setiap tahun yang disambut bermula hujung bulan Ogos hingga penghujung bulan September.

Program yang diadakan ini sebagai tanda prihatin DPPNK meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia khususnya di Kedah.

Menekankan aspek yang sentiasa menjaga hubungan baik dan memupuk semangat muhibbah, menjadi prinsip DPPNK demi mewujudkan budaya matang dalam berpolitik dan menjaga keharmonian masyarakat majmuk.

Dato’ Tang Eng Kiang, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kedah, menyambut baik kunjungan DPPNK yang diketuai Ust Nurul Amin Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ust Abdul Hadi Omar, Ketua Penerangan, Ust Khairul Anuar Awang Jaafar, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan En Kuan wakil DHPP.

Dalam pertemuan tersebut beliau menzahirkan penghargaan kepada atas keprihatinan dan insiatif yang diambil DPPNK.

Turut menerima penyampaian kuih bulan ialah En Lee Ling Heng, Pengerusi Penduduk Taman Intan, Jalan Datuk Kumbar dan wakil kepada Dato’ Cheng Lai Hock, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah.