Home Berita PAS Kedah

Program moreh bersama FoodPanda & Grabfood oleh PAS Kubang Pasu

47
SHARE

ALOR SETAR, 6 APRIL – Kelihatan senyuman manis pada wajah rider GrabFood dan FoodPanda yang hadir pada Program Moreh bersama PAS Kawasan Kubang Pasu, semalam.

Program yang berlangsung di Tapak Pasar Malam Taman Aman berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan.

Seramai 70 orang rider GrabFood dan FoodPanda hadir bersama dalam program tersebut.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Haji Osman berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama rider FoodPanda dan GrabFood sesama PAS serta sesama mereka sendiri.” Ujarnya.

Beliau juga berkata, PAS Kawasan Kubang Pasu akan mengadakan lagi program seperti ini bersama-sama rider FoodPanda dan GrabFood pada masa yang akan datang.