Home Berita PAS Kedah

Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Padang Hassan, Pokok Sena.

155
SHARE

Oleh MOHAMMAD ALIFF

PENDANG, 5 Ogos 2021: YB Dato’ Dr Mohd Hayati, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan melakukan tinjauan di program MOVAK pagi ini di Kampung Padang Hassan. MOVAK antara inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Kementerian Perpaduan Negara bagi merancakkan lagi pemberian vaksin Covid-19 ke kampung-kampung.

MOVAK ini bergerak dengan sebuah bas yang telah diubah suai mengikut kesesuaian proses pemberian vaksin yang mesra Orang Kurang Upaya dengan bantuan tenaga dari ahli Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kawasan tersebut.

YB Dato juga berharap agar program ini dapat digerakkan ke lebih banyak kawasan-kawasan kampung diseluruh negeri Kedah dengan kerjasama masjid dan pihak berkuasa tempatan. Lebih 350 individu berjaya divaksin melalui program ini, YB Dato’ mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program MOVAK ini.