Home Berita PAS Selangor

Angkatan Tentera Malaysia Membalas Kenyataan Seorang Ahli Politik Dari Parti Warisan – Kredit Coretan Dari Negeri Selangor

952
SHARE

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

ATM telah mengeluarkan kenyataan media mereka membalas kenyataan seorang ahli politik Warisan yang mengaitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013 sebagai satu sandiwara negara.

Tuduhan ahli politik yang menyatakan ATM hanya membuat serangan kepada ayam dan anjing telah dijawab oleh ATM sebagai satu tuduhan yang tidak benar.

Secara tidak langsung tuduhan itu juga telah memperlekehkan tugas serta tanggungjawab anggota tentera serta pasukan keselamatan lain dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.

Kami bagi pihak Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor juga merasakan tuduhan ini merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima sama sekali di mana kenyataan berkenaan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik ATM mahupun di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

5 Safar 1442H | 22 September 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#BeramalKeranaAllah
#PemudaBangkitDemiIslam