Home Berita PAS Kedah

Program Khatan Perdana PAS kawasan Jerlun meriah

90
SHARE

KODIANG, 26 Feb – Program Khatan Perdana PAS kawasan Jerlun berlangsung dengan meriah selepas menerima penyertaan lebih 50 kanak-kanak yang menjalani program berkhatan sempena cuti sekolah, Sabtu lalu.

Pengarah Program, Ustaz Abdul Aziz Hat berkata, program khatan perdana pada kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Sehari selepas penyertaan dibuka , pendaftaran sudah hampir penuh, namun masih ramai lagi yang nak sertai, tetapi disebabkan quota dan tempat yang kurang mengizinkan untuk lebih ramai peserta, maka terpaksa kami hadkan,” katanya.

Program dengan kerjasama PAPISMA, NGO Jerlun Care dan Persatuan Seni Budaya Negeri Kedah itu turut dimeriahkan dengan persembahan silat, mandi kolam dan jamuan rakyat.

Turut hadir memeriahkan majlis Timbalan YDP PAS Kawasan Jerlun, YB Hj Azhar Bin Ibrahim, NYDP PAS Kawasan Jerlun, Sdr Bulyami Saad, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun, U. Abdul Hadi bin Omar, Ketua Dewan Ulama’ PAS Kawasan Jerlun, Ustaz Md Akhir Bin Yaman serta beberapa orang AJK PAS Kawasan Jerlun.