Home Berita PAS Kedah

Program Kembara Singgah Sahur PAS Kawasan Langkawi santuni frontliners

223
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 10 APRIL – Program Kembara Singgah Sahur PAS Kawasan Langkawi diadakan bagi menyantuni dan menghargai frontliners di sekitar Langkawi.

Program yang bermula sekitar jam 12.00 malam pada hari Khamis yang lepas ini adalah hasil kerjasama bersama Penerangan Muslimat PAS Kawasan Langkawi.

Tempat yang disasarkan bagi menjayakan program tersebut adalah seluruh Kawasan Langkawi. Oleh itu, seramai 60 orang dan 18 kenderaan turun ke lapangan bagi mengedarkan sumbangan sahur yang dianggarkan sebanyak 300 pax.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghargai jasa serta penat lelah para frontliner yang setiap hari tanpa mengira waktu sanggup bersengkang mata mengerah keringat dalam memastikan keselamatan masyarakat awam dan Negara terjaga dengan elok dan selamat, di samping mengeratkan jalinan silaturrahim dengan PAS kawasan Langkawi.

Zubir Ahmad , YDP PAS Kawasan Langkawi yang turut hadir mengharapkan program ini dapat dijadikan sebagai program tradisi.

‘Semoga amalan setiap ramadhan ini dapat diteruskan pada masa depan’ ujarnya.

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi turut hadir bersama menyantuni frontliner  .