Home Berita PAS Selangor

Program kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 4 Ogos – Program Kebajikan KRCAMALSELANGOR yang bertujuan memenuhi keperluan anggota masyarakat yang memerlukan bantuan di waktu sukar pandemik COVID-19 ini diteruskan lagi dengan konsisten.

Jelajah kebajikan mereka bermula dengan, seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak kecil. Sumber pendapatan keluarga mereka adalah melalui usaha membuat kuih dan meletakkannya di gerai-gerai termasuk gerai asnaf KRCAMALSELANGOR.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada petugas di bengkel Projek Makanan KRCFOODPROGRAMME dan kini beliau sedang berkuarantin di rumah bersama tiga orang lagi anak-anak kecilnya.

Seterusnya, bantuan untuk seorang asnaf KRC yang juga merupakan seorang ibu tunggal yang telah dinasihatkan agar berkuarantin di rumah walaupun keputusan ‘swab test’ adalah negatif kerana didapati mempunyai simptom-simptom yang berkaitan. Begitu juga dengan seorang lagi asnaf KRC yang positif COVID-19 di Golden Villa.

Relawan KRCAMALSELANGOR, Sdr Azman Mohd Mah Husin telah menyampaikan sumbangan kepada wakil Surau Al-Muhajirin di Taman Sungai Sireh Pelabuhan Klang, Sdr Abdul Ghafar untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan di komuniti taman berkenaan.

Teruskan bersama KRCAMALSELANGOR menyumbang demi kemaslahatan insan yang memerlukan di saat ujian getir negara waktu ini. Jom menyumbang untuk Program Kebajikan KRCAMALSELANGOR. Boleh daftar di link Onpay KRC berikut: https://krc.onpay.my

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor