Home Berita PAS Selangor

PAS Cawangan Sungai Kandis menyantuni bukan warganegara – PAS Kawasan Kota Raja

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 5 Ogos – Sekalipun mereka semua yang seramai 22 orang ini bukan warganegara sebaliknya warga Indonesia, tetapi atas dasar keperihatinan dan simpati para petugas bersama Task Force Pusat Khidmat PAS Kota Raja dengan kerjasama PAS Cawangan Sungai Kandis yang diterajui oleh Ust Ahmad Ehsan, Sdra Afizi Afandi, Sdra Khairuddin dan lain-lain melangkaui batas negara bangsa.

Memahami betapa sukarnya kehidupan warga Indonesia yang tiada pekerjaan ketika ini dan rumah kongsi mereka pun dipagar dengan kawat berduri, inisiatif yang diambil oleh PAS Cawangan Sungai Kandis amatlah terpuji.

YDP PAS Kawasan Kota Raja Tuan Haji Mohamed Diah Baharun mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Cawangan Sungai Kandis atas inisiatif dan usaha bagi membantu insan-insan malang ketika pandemik ini. “Semoga Allah segera angkat Covid-19 ini”.

Semoga segala sumbangan atau bantuan yang telah diberikan dapat membawa manfaat kepada mereka dan juga semoga ia dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka walaupun tidak memiliki sebarang pekerjaan dan sumber pendapatan, untuk meneruskan kehidupan mengharungi pandemik COVID-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor