Home Berita PAS Selangor

Penyerahan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Nur Hati – PAS Kawasan Ampang

10
SHARE

May be an image of standing and road

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

AMPANG, 4 Ogos – Khidmat Malaysia Ampang telah menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada Rumah Kebajikan Nur Hati di Ampang. Telah dikhabarkan, seramai 40 orang penghuni rumah ini telah dijangkiti virus COVID-19 dan masih dalam tempoh kuarantin 14 hari.

Pengerusi Khidmat Malaysia Ampang, Ustaz Rashdan Yunos bersama Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Ampang Hj Mat Yaacob Mohammad telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada En. Zaid iaitu anak kepada pengasas Rumah Kebajikan Nur Hati (Puan Noor Jamaliah bt Sharifudin).

Semoga sumbangan yang telah diserahkan kepada mereka dapat memudahkan sedikit urusan mereka dan juga semoga mereka yang dikhabarkan dijiangkiti virus COVID-19 itu segera sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor